Taklimat Dan Latihan Kebakaran Ibu Pejabat JKSNJ
LATIHAN KESELAMATAN DAN PENGUNGSIAN BANGUNAN OLEH JABATAN PENYELAMAT DAN BOMBA Keselamatan merupakan elemen baru yang diterapkan di dalam EKSA untuk memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa selamat. Pada 15 hb November 2018, Jawatankuasa Keselamatan Induk EKSA telah mengadakan taklimat serta latihan pengungsian bangunan di bangunan Mahkamah Johor Bahru. Para peserta telah diperkenalkan dengan jenis - jenis pemadam api mengikut kesesuaian bahan terbakar serta tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran di pejabat. Mereka juga telah didedahkan dengan cara - cara penggunaan alat pemadam api secara praktikal.
Comments
Post a Comment