LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARIPADA JABATAN MUFTI NEGERI JOHOR

21hb Januari 2020 (Selasa) -Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) petang ini telah menerima lawatan penanda aras EKSA dari Jabatan Mufti Negeri Johor. Delegasi lawatan EKSA Jabatan Mufti telah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Azhar bin Samadun, Ketua Penolong Mufit Bahagian Fatwa.

Delegasi seramai lapan orang peserta itu telah diberi penerangan serba sedikit berkaitan dengan pelaksanaan EKSA di peringkat asas. Penekanan juga turut difokuskan kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan EKSA terhadap penyampaian perkhidmatan secara keseluruhan. Penerangan telah diberikan oleh JK Induk EKSA Tuan Mohammad Radzi bin Sadiman dan dibantu oleh Puan Zaidah binti Mahmood.


                                               
 
                         







Comments

Popular posts from this blog

Pertandingan Sudut Maya