Lawatan Penanda Aras Eksa Ke Jabatan Kerja Raya ( JKR ) Daerah Johor Bahru

Unit Latihan Induk EKSA telah menganjurkan lawatan penanda aras ke Jabatan Kerja Raya ( JKR ) Daerah Johor Bahru pada 19 hb September 2019. Lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi idea dan pandangan tentang pembudayaan EKSA yang telah diamalkan oleh warga JKR Daerah Johor Bahru.  Seramai 30 orang kakitangan yang terdiri daripada  ahli jawatankuasa EKSA telah terlibat di dalam lawatan tersebut. Pihak jabatan amat berterima kasih ke atas kerjasama serta sambutan yang diterima oleh pihak JKR JB yang tidak lokek berkongsi pengalaman dan pandangan dalam meningkatkan pembudayaan EKSA.


Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Dan Latihan Kebakaran Ibu Pejabat JKSNJ